Monday, January 2, 2017

NYE

Assalammualaikum,

dah masuk tahun baru dan aku masih lagi orang yang sama. orang yang belum capai kejayaan. orang yang malas.

aku dah mula malas, aku dah tak buat apa-apa latihan untuk exam yang lagi dua bulan. aku tak bersedia. aku serabut.

aku tak tau, sama ada aku takut atau aku terlampau selesa. atau bak kata mak aku, aku belum adapt dengan tempat baru ini.

pada mulanya aku datang sini, aku bertekad untuk jadi independent bergerak solo, tapi aku mula sedar yang kami disini hanya majoriti sahaja, mana aku pergi mana aku bergerak kami mesti kene bersama-sama sebab aku disini hanya ada mereka (pelajar yang sama program dengan aku).

kalau di Malaysia aku nak bergerak solo, aku boleh aku okay sebab dimana pelusuk Malaysia aku bergerak seorang aku tahu aku masih lagi boleh pulang ke pangkuan keluarga dan apaapa masalah yang aku akan hadapi di Malaysia aku masih ada lagi keluarga yang akan tolong.

atau aku boleh.

atau aku hanya tak mahu keluar dari zon selesa aku.

. bagaimana hendak kekalkan momentum waktu belajar di UKM dulu, jika aku tak berusaha langsung ke arah mengekalkan momentum tu kan. meh.

No comments:

Post a Comment