Thursday, January 5, 2017

MENGEMBARA KE BANDAR LAIN SEORANG DIRI

Assalammualaikum semua,

Sekarang sini pukul 10.38 malam. sebenarnya aku dah terbaring atas katil dari pukul 9.30 malam tapi tak dapat tidur sebab tak mandi lagi kot. lolol

post kali ni, nak cerita pasal pengalaman mengembara ke bandar lain di jerman. kalau di Malaysia aku dah biasa jalan-jalan seorang diri. cakap jelah Kuala Lumpur, Senawang, Seremban senang je (libas rambut).

jadi disini adalah satu benda yang lain sebab bukan dekat Malaysia. hahahahahahaha. k.

betul bukan Malaysia.

masa aku mengembara ini aku make sure aku dah cek mana tempat aku nak pergi dan make sure internet selalu ada.

bandar yang aku pergi ini nama dia Aachen, perjalan dari Duisburg adalah 1 jam beberapa minit. which is kalau di Malaysia dari Senawang ke Bangi ambil masa 45 minit jadi kalau 1 jam beberapa minit mungkin dari Senawang ke KL Sentral.

bila aku dah sampai Aachen ni, aku ambil bas nak pergi satu tempat ni lepas tu jalan kaki dalam 1.8 Km nak pergi ke tempat yang aku nak pergi (Drielandenpunt), iaitu titik 3 negara (translate sebijik k).

lepas dah balik dari sini, aku pergilah pusing-pusing bandar Aachen, tengok apa yang menarik disini, cantik aku suka sebab aku jalan sorang-sorang kot. boleh layan lelama.

masa aku syok pusing tempat ini, tetiba ada orang OKU aku rasa, sebab dia pakai macam orang tua punya pemegang yang ada roda tu (sambil jalan tolak benda tu). lepas tu benda alah ni jatuh, aku buat bodoh je tak tolong, sebab aku rasa takut aku rasa dia akan scam aku. lol jahat gila aku. tapi serius dekat sini memang banyak orang kaki pickpocket dengan scam. jadi aku buat bodoh jelah kan. lepas tu aku dah puas tengok tempat menarik kat Aachen aku pusing lah balik nak pergi bus stop lepas tu sekali tengok orang OKU tu dikelilingi polis. aku tak tau ah apa berlaku. lepas dah sampai bus stop sekali salah bus stop pusing balik lalu lagi tempat orang OKU ni still tak habis lagi. haaa jadi kau rasa. peh nasib baik tak tolong.

jadi kat sini aku nak bagitau kalau travel sorang tu, anggap semua orang jahat dan selalu berhatihati dimana anda berada.


No comments:

Post a Comment