Tuesday, December 13, 2016

ORANG AJAK MAKAN

Assalammualaikum semua,

Sekarang nie baru habis buat homework, sekarang pukul 23:20. yeah i am a burning a midnight oil person (betui ka ayat nie?).

basically aku tak tau nak tulis apa jadi aku tulis ikut soalan yang aku rasa orang nak tanya lah. okay en en en.

ada orang Malaysia lain tak dekat sini?

kalau ikut kan memang banyak Malaysia dekat jerman nie, kalau tak caya boleh usha youtuber nama syamirul.  before aku layak mai sini lagi dah aku follow channel dia, sebab aku macam terkesima tengok video dia pasal mechine yang ada kat jerman nie yang kalau kita masukkan botol air yang kosong nanti dia akan kasi duit.

aku dah try dah tapi kene make sure botol air tu tak kemek dan ada symbol recyle kat barcode dia. usually machine nie ada dekat mart atau supermarket. aku try haritu dapat lah 25 sen satu botol. tapi sebenarnya masa kita beli botol air nie dekat kedai kita dah bayar dah 25 sen nie jadinya bila kita recycle baru kita dapat balik duit kita. haa cemtu.

kebanyakkan Malaysia yang ambil bachelor dekat universiti aku ini adalah pelajar dari GMI, pelajar A-level dan ada juga pelajar phd dan master. jadi tak takut sangat pun, jadi dalam kelas adalah jugak segelintir pelajar Malaysia jadi tak rasa la kiteorang je yang Malaysian kat sini. lol

kalau korang rasa bonding di antara Malaysian kat sini kuat ke tak kuat, depends lah pada korang. kalau kiteorang nie macam awkward lah sikit dengan Malaysian yang kat sini sebabnya dorang memang ambil bachelor dekat sini bukan macam kiteorang yang double degree. jadinya hubungan kitaorang dengan diaorang agak awkward sikit.macam budak baru masuk form 4 sekolah kita. tapi in shaa ALLAH sikit sikit nanti genglah.

cerita pasal Malaysian lagi, kat sini ada jugak yang sambung phd kat sini. baik gila diaorang, baru minggu lepas diaorang ajak makan kat rumah diaorang. diaorang nie sebenarnya satu family suami dia yang phd kat sini jadi suami dia bawak lah satu family datang sini. best gilakan. #goals

haaa tu jelah kot pasal orang Malaysia di jerman. tak jumpa lagi yang lain, nanti kalau jumpa aku cerita lagi, :D

p/s: sekarang nie bahasa inggeris aku tak bagus sangat. sebab aku dah takde material bacaan yang boleh dirujuk. susah sikit nak jumpa buku berlainan bahasa disini. :(





No comments:

Post a Comment