Tuesday, February 14, 2017

PENGAKHIRAN SEMESTER 7

Assalammualaikum semua,

Pada tarikh 10.2.2017 berakhir lah pembelajaran semester 7 aku sebagai seorang pelajar kejuruteraan komunikasi dan komputer.

Jadi pada hari ini, aku nak cerita serba sikit tentang kebiasaan yang dilakukan oleh pelajar di Jerman atau universiti yang tengah belajar sekarang ni..

Di setiap pengakhiran kelas maksud aku setiap kali kami habis kelas, mereka akan ketuk meja dengan menggunakan tangan mereka. Masa first time aku masuk kelas, memang janggal memang lah ,bila pensyarah cakap jumpa minggu depan tiba tiba semua ketuk meja. kau yang tak biasa belike apa hal dia orang ini. *culture shock. haha. aku tak buat sampai lah kelas minggu sebelum minggu terakhir sebab aku tak mahu terkena domino effect dimana domino effect nie bila orang buat kita pun buat dengan takde sebab yang perlu.

Sebenarnya aku dah tau dah, pelajar disini buat macam tu, sebab untuk mengucapkan terima kasih atau memberi penghargaan kepada pensyarah tu sebab mengajar kami.

walaupun perbuatan seperti itu penuh dengan makna aku masih tak mahu buat sebab aku rasa tiada keperluan malah menyakitkan tangan adalah.

tapi itu semua berubah lepas minggu selepas minggu terakhir sebabnya, ada satu kelas pada hari Jumaat. pensyarah dia mengajar dua kelas kira kelas pertama pembelajaran biasa dan kelas dua pembelajaran praktikal. tapi kelas tu kelas yang sama dan nama subjek yang sama.

jadi nak dijadikan cerita masa habis kelas pertama tu, takde orang ketuk meja pada mulanya tapi lama sikit tetiba ada lah beberapa pelajar yang ketuk dan dia pun senyum dan cakap terima kasih.

kalau korang baca nie mesti korang macam tak rasa apa yang aku cuba sampaikan (aku tak reti lah nak sampaikan dengan baik). sebenarnya aku macam tak sangka lah dia bagi reaksi macam tu sebab aku ingatkan pensyarah nie macam tak peduli sangat benda-benda macam ni. tapi sebenarnya tak, mereka ambil peduli. haa macam tulah. haa jadi macam tulah sebabnya aku ketuk meja sekarnag setiap kali habis kelas. hahahaha.

Jadi pengajaran dia sekarang, ucapkan lah sesuatu yang bermakna pada setiap orang yang tolong kita. walaupun nampak kecik tapi besar pada orang lain.

No comments:

Post a Comment