Wednesday, April 9, 2014

MEMBAKAR BERSAMA TERSAYANG

assalammualaikum,

malam tadi aku bermimpi, mimpi kan orang yang sedang memuji aku. dia memuji tulisan aku. dalam mimpi pun aku masih tersipu malu dipuji. arghh. aku ingatkan dalam mimpi kita yang raja, kita yang tentukan semua tapi tak lah nampaknya.

niat tidak menghalalkan cara. aku tak tahu lah kalau post kali ni sesuai ke tidak dengan ayat tadi. tapi aku mahu mencuba. maafkan aku kalau ada salah eh.

aku apa khabar? alhamdulillah baik, makin sihat malah tidak pula berhenti makan. berat menaik mendadak perkara biasa. malas lah nak kurus dan fit. aku tipu okay aku nak kurus, hari-hari tengok cermin mahu sahaja aku ambil pisau dan potong lemak yang mengelebeh dibawah lengan dan perut. sejak kebelakangan nie aku perasan ada lapisan lemak dibawah dagu dan hati aku meranap.

aku makin cantik? hewhew janganlah tanya mestilah cantik selalu macam dulu. entah apa pasal entah dengan muka kulit aku yang mulus nie. tiba-tiba sahaja mengelupas bukan aku berjemur ditengah panas pun. gelabah.

ouh ya berbalik semula pada cerita niat tadi. tadi baru je tadi. aku ingat nak buat pavlova yang atas dia ade whipping cream yang gebu dihias pulak dengan buah-buahan masam yang mahal. gulp. peh memang aku nak buat dan bila siap aku nak post kat instagram dan harap ramai memuji. leuls. okay memang aku buat. habis semua telur dalam kotak telur tu aku guna. mula-mula aku pecahkan telur dan aku asingkan kuning telur dengan putih dengan berhati-hatinya tapi sampai telur yang ke 3 telur kuning dia pecah dan melimpah dalam mangkuk yang penuh dengan telur putih. mangamuk. tapi aku move on ambik mangkuk baru dan buat balik. syukur. kali nie semua telur dapat diasing dengan jayanya. tapi kali nie memang silap besar, aku campurkan semua bahan-bahan dia dalam mixture. aku ingatkan aku buat betul tapi entah macam mana terdetik pehal lama sangat bendalah nie nak kembang. tengok balik resepi masha-ALLAH salah beb. patutnya masukkan telur putih dengan gula je. kali nie tak mengamuk tapi gelabah. tak tau sama ada nak giveup atau teruskan. yang tadi aku buang dan ambil keputusan buat yang baru. tapi kali nie telur tinggal tiga dan gula betul-betul cukup satu cawan je. aku buat-buat tak peduli aku tabah kan diri dan terus buat. dan kau tahu apa jadi. haah tak menjadi langsung takde tanduk malah solution hanya tinggal solution. dah takde jalan lain. aku tak sanggup nak buang kali kedua. 1,2,3 aku menjerit satu rumah, jerit sekuat hati panggil mother aku. cis, aku lemah.

mintak pertolongan yang pakar. mother kata buat jelah kek. tiada jalan lain aku turutkan sahaja. tangan mencapai telefon bimbit ku google kek span. syukur. tengok resipi elok je tiga biji telur. aku campak semua bahan malas nak fikir. dalam hati kata kalau kek nie nak bantat, bantat ah aku dah malas. siap campur semua aku masukkan dalam oven. 20 minit kemudian bukak oven dengan bacaan bismilah. weh nak nagis kek jadi kek jadi kek jadi.

pada aku malam nie betul-betul mengajar aku. kalau kau niat nak menunjuk memang kau tak akan dapat apa-apa dan jalan yang kau nak gapai benda tu jadi susah. lagi satu even kau buat mistake tak semestinya benda tu over macam tu tapi mesti ade solution lain yang akan bawa kepada benda yang lebih baik. dan lagi satu
berhenti mencarut dan terus kan memuji. kamonlah tuhan kasi hadiah kot kalau kita puji dia. hahaha.

p/s: aku ingat aku nak berubah lah. berubah jadi macho. ouh lagi satu kek aku selalu bantat. ape tu bantat, kek tak naik.

2 comments:

  1. hahaha. kamon aa at least kau dah berjaye buat sebijik kek. aku tak pernah lagi :/ keep it up brohh

    ReplyDelete
  2. I got the message, and I love it :) Teehee. Straight to the point, there is always a way and never give up. ^^

    ReplyDelete