Saturday, March 8, 2014

TUNGKUS-LUMUS

Assalammualaikum,

mari membaca celoteh aku.

semalam, aku pergi bulatan gembira. agaknya lah nama dia begitu. tapi aku tak rasa pun dia bulatan. semalam kiteorang duduk bersama tapi aku tengok macam segi empat tapi beberapa jam lepas tu datang dua orang lagi adelah sikit nampak macam bulatan tapi aku masih rasa itu bukan bulatan. lantak akulah.

semalam, dalam bulatan gembira tu dia suruh kiteorang baca. baca buku. baca buku kuat-kuat. sampai giliran aku. aku pun baca. peh sambil baca pun boleh menguap. sejak kelas aku untuk sem 2 nie dah ubah. dan kelas aku selalu start tengahari macam tu. aku dah jarang dah bangun awal. lagi satu jam macam tu baru aku bangun, pegi mandi semua.

semalam aku memang bangun lewat. janji pukul 8.30 pagi. 8 30 pagi jugak aku bangun. lepas mandi semua aku ambik wudhuk qodo` solat. dalam solat aku tu aku doa semoga tuhan terima solat aku nie. aku sangat berharap. moga tuhan ampun kan dosa silam aku yang berlambak-lambak.

hari ini, aku bangun awal sikit. bangun awal lah aku rasa. tepat jam 7.45 aku terus bangun. tak mengeliat langsung. aku tolak selimut berat 500 gram ke tepi. aku ambik baldi aku terus mandi. siap mandi aku amik bedak sapu kat muka, badan. yeah aku rasa aku paling wangi. duduk depan meja bukak laptop, bukak internet, bukak ifolio, bukak assignment jumaat hari yang kelas dia aku tak datang sebab aku mangantuk sangat. aku ingat nak buat sendiri. aku tak nak tanya budak kelas aku yang datang kelas hari jumaat tu. aku berkeras, aku tahan ego selama 45 minit. tapi tak tak bertahan. aku bukak whatsapp cari nama budak kelas aku. text 'weh bak jawapan assignment programming'. tak sampai 45 minit assignment aku settle.lepas assignment settle aku baring atas katil. aku pandang kipas angin. sambil pandang kipas .aku kira pulak bilah kipas angin. lepas bosan aku mengiring ke tepi pandang dinding pula. ah bosan. aku tutup mata kejap sambil berangan-berangan kahwin dengan orang kaya hehe.

semalam, lepas semua orang dah baca bahagian masing-masing. dia tanya sorang-sorang apa yang kiteorng dapat lepas baca bahagian kiteorng. sampai giliran aku lagi. aku terkebil-kebil. mana lah aku tau aku baca je. sikit pun aku tak ingat. aku terngamam. dalam otak aku, aku giat cari jawapn selamat. aku kata aku tak tau. tapi dia berkeras juga tanya apa yang aku dapat. dam, gelabah ayam aku kata tak tau banyak kali. dam dam dam. malu gila aku.

hari ini, lepas berangan-angan. aku bukak ifolio. cari lagi, assignment yang lecture math aku kasi. subjek yang paling aku sayang. sayang gilo, doh. tapi sem 2 nie aku rasa sayang aku dah hilang. hati aku tak berapa suka lecture aku. maafkan aku, lecture math. mungkin hari ini aku cakap aku tak suka tapi entah mungkin lagi dua minggu aku akan suka lecture math aku. aku jumpa assignment math yang aku cari. aku tengok lepas tu aku tutup. aku pegi dekat katil aku baring. terus tido.

semalam, pengajaran yang aku dapat dari buku dia yang tajuk al-hikam tu. menunda amal tanda kebodohan. dam, terasa gilo. aku diam jelah. aku sentap.

semalam punya malam, aku bukak buku jurnal aku. aku terus tulis. 'saya mariam tidak akan lagi menunda amal malah menangguh kerja yang guru kasi. malah solat pun saya tak akn lambat-lambat kan'.

hari ini, bangun tido. duduk atas kerusi mengadap laptop. sebelah laptop ade jurnal. aku bukak jurnal sengih kejap. dasar takde pendirian diri. tutup jurnal tulis blog. sat lagi nak pergi beli makanan tengahari.

p/s: air kotak perisa banana harga rm3.50 dekat jaya store. air arizona kegemaran aku dah tak jual dalam tin besar. semalam aku rasa cekedis kegemaran aku keropok lekor.

No comments:

Post a Comment