Tuesday, September 2, 2014

RASA

haritu aku buat kad. cantik sangat dan aku kasi kat kawan aku

 ketika aku hulur kan pada dia

dia tnya nie untuk apa

aku cakap untuk kau lah sebagai kawan aku

lalu dia tanya aku kawan kau ke?

aku tak cakap apa, aku tersentap, aku amik balik kad tu dan aku terus berlalu,

sambil aku bejalan aku terdengar derapan kaki dia berlari, aku agak mesti dia nak datang pada aku dan

kata aku tanya macam tu sebab aku anggap kau bukan kawan tapi kawan baik buat selamanya.

aku tersenyum dan pusing ke belakang supaya dia tak perlu terjah aku dari belakang sebab aku taknak dia sweet sangat.

tapi itu tak berlaku sebab bila aku pusing langsung dia takde kat belakang aku tapi apa yang aku nampak dia tengah naik tangga asrama dia.

sia.

assalammualaikum,

apa macam cuti minggu tiga hari anda. enak? eh indah? aku punya baik baik sahaja. kenduri kahwin sedara. alhamdulillah maklong aku dapat lagi menantu khabarnya akhir tahun ini pun maklong aku yang sama akan dapat lagi menantu. maklong aku memang power.

aku hanya pernah baca satu buku sahaja yang selepas aku baca baru ade nya movie dia. nak tahu buku apa? buku inggeris tajuk dia one day. cerita dia bagi aku best lah cerita seorang wanita tunggu seorang laki dan akhirnya dapat laki itu dan akhirnya wanita itu mati. part best dia sebab dia dapat laki yang di cintai dan dia mati lepas dia dapat laki yang dicintai. haih. tapi sambil dia tunggu lelaki tu agak peritlah. perit dari segi perasaan. sebab lelaki tu anggap dia kawan sahaja lepastu laki tu kahwin(tapi laki tu bercerai sebab bini dia tak jujur). tapi apa yang aku nak bagitau adalah penantian itu satu seksaan tapi bila kita dah dapat ya tuhan manisnya. by the way, lepas perempuan tu mati dia sedih gila tiap-tiap kali ulang tahun perkahwinan dorang laki tu mesti pergi bar lepastu cerita story dorang kat sesiapa. sedih, tapi aku suka sebab baru dia tahu apa perasaan tanpa perempuan tu disisi dia dulu layan macam perempuan tu macam tak ada. eh marah betul aku. haha.

p/s: bye.




No comments:

Post a Comment