Wednesday, July 23, 2014

IFTHOR

`jemah asal kau nagis nie?`
'perut aku niha memboyot'
'kau mangandung ke weh, mygodd, anak luar nikah eh?'
'hmm actually aku baru lepas bukak puasa dekat hotel alson klana tuhaa mahal tau, masa aku bukak puasa tadi orang-orang yang datang tu semua nya dari kerabat datin dato' tau.'
'k.'

Assalammualaikum dan hai.

#1

malam tadi aku volunteer isi duit raya dalam sampul. sorang-sorang tau. sambil-sambil tengah syok isi tu tekenang zaman dulu. acewah. dulu masa aku masih besekolah rendah raya keberapa entah adelah kan orang datang beraya tapi masa tu mak aku tido ke apa entah. aku suruh jelah dorang masuk sebab dorang tu bebudak jiran aku je. hidang lah air dengan biskut. habis je makan time dorang nak balik tu macam biasalah kan nak kene kasi duit raya. macam kalau dalam family aku nie mesti ade dua sampul duit raya satu ahli kerabat dan satu lagi bebudak nak raya. bezanya dia yang kerabat tu punya sampul raya lagi banyak. jadi nak dijadikan cerita time aku nak kasi dorang duit raya tu aku terkasi yang ahli kerabat punya sampul raya. keesokan harinya time petang waktu main dorang pun dok lah puji 'apak ah kaya kasi duit banyak bla bla'. terkejut beb aku balik balik je aku terus cerita kat mak aku. terus kau kene marah. kah.

#2

dulu masa aku form 4 gitu. masa tu awal form 4 so cerita pasal result PMR nie hangat lah. nak di kata kan result PMR aku okay lah takde lah gempak macam pelajar cemerlang sesuai lah dengan aku yang hanya mampu berangan-angan nak jadi dentist. *nagis . masa tu dalam dorm lepas tu aku caka lah dengan member aku nie, 'weh aku cam pelik lah aku nie dah lah jarang belajar tetibe result okay'. padahal dalam hati nak suruh member aku tu puji aku nie gifted memang dilahirkan pandai. kah. tapi dia dia senyap je entah-entah dia dah tahu niat aku. kah. tetiba ada pulak junior aku cakap 'akak banyak berdoa kot'. aku angguk lepas tu aku terus baring atas katil kengkonon setuju lah tapi padahal dalam hati like whatever adik.

so sekarang sudah 4 tahun berlalu, time ramadan nie kan ramai orang beribadah dari pelbagai cara ada baca alquran ada solat tarawih ada yang bersedekah dan sebagainya dan aku pun tak terkecuali. so nak dia jadikan cerita adalah satu hari tu agaknya terajin sikit buka lah alquran lepas tu baca-baca lah sikit tafsir cukup syarat usaha nak memahami alquran. elok je jumpa surah az-zumar ayat 49, dia kata:

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu), bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

haa amik kau sentap level 100000. jadi konklusinya, kalau kita nie kalau dah terima sesuatu nikmat kita jangan lah jadi riak macam aku nieha kita patut bersyukur pada tuhan dan terus berusaha kearah jalan-NYA.

k tu je kot aku nak tulis. tapi serius ah sejak cuti nie memang slow gila otak sekarang nie tengah tulis nie pun macam takde idea. arghh stress.

bye.
 p/s: harapnya baju raya kali ini sama warna dengan kekasih hati. hewhew



No comments:

Post a Comment