Thursday, August 1, 2013

kenyang dengan istighfar.

limah tu kan busuk betul. kata meon pada ina
haah meon, memei busuk pun benci i duduk sebelah dia. jawab ina untuk panaskan suasana.

bismillah.

lately asyik dengar tazkirah pasal mengutuk orang je.
ish nie tuhan nak suruh berhenti mengumpatlah nie. tapikan aku nie disebabkan suka sangat mengumpat aku tak dapat bezakan luahan hati dengan mengumpat. teruk betul. so dont be like me. nnt masuk neraka. 

okay kita mulakan sesi berkongsi ilmu.
tazkirah pertama. nie doktor yang bagi. she siad it from a hadith. satu hari rasul berkata pada sekumpulan wanita.`kamu semua nie memperbanyakkan lah istighfar dan bertaubat kerana apa yang aku lihat ramai diantara kamu yang menjadi ahli neraka`. lalu ade seorang wanita cerdik bertanya pada rasul kenapa?. lalu rasul menjawab kerana kamu banyak mengutuk dan mengingkari kebaikan suami.

kedua.
nie dalam ayat alquran itself. surah alhujurat ayat 12. ini ada sorang ustazah tu yang explainkan. dia kata berprasangka buruk terhadap orang nie seolaholah seperti memakan daging saudara sendiri. dalam ayat itu jugak suruh kita bertaubat kerana tuhan itu maha pengampun.

ketiga.
dalam radio ikim. ada dj tu cakap jangan mengumpat sebabnya di akhirat nanti pahala kita akan ditransferkan kepada orang yang kita mengumpat. haa amik kau kalau banyak sangat mengumpat boleh muflis pahala kita. astaghfirullahalazim.

jadi kamu saya dan mereka. marilah kita berhenti mengumpat bergossip. kalau korang sendiri cuba untuk stop mengumpatkan serius lah aku cakap korang sendiri pun akan rasa macam sakit hati je bila dengar orang mengumpat. tau tak kenapa mengumpat nie jadi perkara biasa dalam hidup kita sebab kita tak pernah nak ingatkan pada diri kita yang mengumpat ni dosa. 


1 comment: