malam tadi aku bermimpi, mimpi kan orang yang sedang memuji aku. dia memuji tulisan aku. dalam mimpi pun aku masih tersipu malu dipuji. arghh. aku ingatkan dalam mimpi kita yang raja, kita yang tentukan semua tapi tak lah nampaknya.
niat tidak menghalalkan cara. aku tak tahu lah kalau post kali ni sesuai ke tidak dengan ayat tadi. tapi aku mahu mencuba. maafkan aku kalau ada salah eh.
aku apa khabar? alhamdulillah baik, makin sihat malah tidak pula berhenti makan. berat menaik mendadak perkara biasa. malas lah nak kurus dan fit. aku tipu okay aku nak kurus, hari-hari tengok cermin mahu sahaja aku ambil pisau dan potong lemak yang mengelebeh dibawah lengan dan perut. sejak kebelakangan nie aku perasan ada lapisan lemak dibawah dagu dan hati aku meranap.
aku makin cantik? hewhew janganlah tanya mestilah cantik selalu macam dulu. entah apa pasal entah dengan muka kulit aku yang mulus nie. tiba-tiba sahaja mengelupas bukan aku berjemur ditengah panas pun. gelabah.

mintak pertolongan yang pakar. mother kata buat jelah kek. tiada jalan lain aku turutkan sahaja. tangan mencapai telefon bimbit ku google kek span. syukur. tengok resipi elok je tiga biji telur. aku campak semua bahan malas nak fikir. dalam hati kata kalau kek nie nak bantat, bantat ah aku dah malas. siap campur semua aku masukkan dalam oven. 20 minit kemudian bukak oven dengan bacaan bismilah. weh nak nagis kek jadi kek jadi kek jadi.
pada aku malam nie betul-betul mengajar aku. kalau kau niat nak menunjuk memang kau tak akan dapat apa-apa dan jalan yang kau nak gapai benda tu jadi susah. lagi satu even kau buat mistake tak semestinya benda tu over macam tu tapi mesti ade solution lain yang akan bawa kepada benda yang lebih baik. dan lagi satu
berhenti mencarut dan terus kan memuji. kamonlah tuhan kasi hadiah kot kalau kita puji dia. hahaha.
p/s: aku ingat aku nak berubah lah. berubah jadi macho. ouh lagi satu kek aku selalu bantat. ape tu bantat, kek tak naik.
hahaha. kamon aa at least kau dah berjaye buat sebijik kek. aku tak pernah lagi :/ keep it up brohh
ReplyDeleteI got the message, and I love it :) Teehee. Straight to the point, there is always a way and never give up. ^^
ReplyDelete