Tuesday, February 18, 2014

THROW BACK

oi kau dinner tadi makan apa?
`makan kuey tiaw basah bukan paling sedap dengan telur tapi mengiurkan`.che

cerita pasal kuey tiaw ni, dulu pernah aku makan kat kedai yang sama tapi mase tu memang sedap sangat. sedap tak terkata tapi kalau lawan dengan mak aku dia memang no lima lah sedap satu sampai empat emak aku mesti menang. tapi kali kedua aku makan dia macam pfttt sikit sedap tapi tak sedap macam dululah. tapi walaupun begitu sampai sekarang kalau kawan mesej tanya nak makan apa aku mesti order kuey tiaw ni. entah mana tau kot satu hari nanti dia jadi seperti kuey tiaw yang dulu.

ASSALAMMUALAIKUM,

dulu masa aku darjah lima, aku kene isi satu borang nie kt tempat cita-cita dia ade 3 kolum. aku tulis:
1.chef
2.doktor
3.peguam

chef. aku letak nie first sekali sebab nie lah benda yang aku paling minat sekali. serius aku memang minat ah memasak nie. tapi sampai sekarang pun minat je lebih buatnya tak pun. jadi nak dijadikan cerita minat cita-cita nie aku pegang sampai aku dapat keputusan pmr. aku ingat lepas dapat result pmr boleh pindah sekolah sebabnya aku tak suka lah sekolah aku yang dulu tu. tapi result aku macam tak berapalah nak pergi sekolah hebat2 jadi aku memang nekad ah nak pindah sekolah vokasional nak amik kulinari. memang impian ah weh nak jadi chef tapi adalah hal-hal yang tak dapat dielak impian aku pun terpadam begitu sahaja dan akhirnya aku tak pindah pun sekolah. kiranya cita-cita nak jadi chef nie memang dah out ah.

doktor. blurghh aku agak semua orang ada impian nie kot. aku nak jadi doktor sebab mak aku nurse, lagipun dulu masa aku kecik sampai remaja aku selalu pergi hospital.jadi bila dah selalu pergi aku macam selesa lah dengan hospital. yang pasal meroyan nak jadi doktor gigi tu sebab masa aku form 2 sir aku cakap pekerjaan paling kaya doktor gigi. cabut satu batang gigi dah rm50. weh banyak tu. agaknya aku tak dapat jadi doktor gigi sebab niat nak jadi kaya je kot bukan nak bantu ummah sebab tu tak dapat agaknya.  agaknya lah. LOL.

peguam. haha yang nie cita-cita dalam bilik mandi boleh lah. berangan2 cakap kat depan orang boleh lah weh. nak cakap depan orang memang kalah ah. ntah2 boleh pengsan dekat depan orang ramai.




No comments:

Post a Comment