Friday, December 20, 2013

AYAM GORENG TIDAK BERTEPUNG

membaca perjalanan hidup manusia yang berada dinegara orang pada pukul 1.45 pagi (waktu malaysia) a.k.a blogwalking.

melihat gambar zaman matrik/sekolah/sebelum masuk u sebelum blogwalking a.k.a rindu. ihiks.

sambil melihat sambil menghakimi. kadang-kadang aku tak berapa faham kenapa semua benda kita ketawa?
ada satu orang dia gelak sebab ia benar kelakar tapi ade orang gelak kerana ia tidak benar kelakar.
ada satu orang yang aku kenal bila orang marah dia gelak, bila dia gelak orang pun ikut gelak.
hmm tak berapa faham nasib tak ambil psikologi.

hari ini, hari terakhir kelas untuk semester nilah. bila sir aku cakap i am hoping that i will see u next semester aku gelak, gelak berdekah dalam hati dan sangat gembira sebab konfem lah akan jumpa kan next semeser. peh sangat yakin.

sebenarnyakan aku ada satu cerita nak bagitau tapi aku tak tau nak tulis macam mana jadi akhirnya tiada cerita.

kata lawan bagi ikhlas adalah riak. define riak? riak adalah orang yang suka menunjuk. contoh, masa sedekah. bila dia tengok orang lain sedekah rm1 dia saje keluarkan rm100 ringgit sambil layangkan duit rm100 tu depan orang yang sedekah rm1 tu sebelum bersedekah.

ikhlas paling cikai/lower= buat baik sebab nak dapat pahala
ikhlas paling awesome/high= buat baik kerana tuhan yang maha esa.

p/s: sebelum engkau semua belajar mecari ilmu, engkau semua kene berlajar beradab dulu. -imam malik-
      *mutiara kata itu sama maksud tapi ditulis dalam gaya moden.






No comments:

Post a Comment