Saturday, September 14, 2013

KHATIMAHH

ASSALAMMUALAIKUM,

hye apa khabar. okay. kita tenang kan diri. pandang kanan, pandang kiri. tarik nafas. pikir jap hari nie dah buat dosa apa. tarik nafas lepas tu istighfar.

cinta tu mulia. dipandang juga mulia. ramai yang suka bila topik cinta di bangkitkan. aku tak pernah bercinta dan tak pernah punya pengalaman. tapi pernah mencintai. eh. okay nie poyo jah semua.

aku dan dia. dulu aku selalu ke kedai beli barang. barang keperluan untuk rumah. selalu jah ke kedai. sebabkan selalunya aku pergi, sampai acik kedai tu pun kenal aku. kalau aku datang aku duduk je kat kaunter tu acik tu yang ambik kan. itu pun kalau orang tak ramai. selalu sangat beli barang yang sama. apa lagi kalau bukan sardin tin. sardin tin nie kalau masak memang enak, kalau tak masak pun enak. dah lah senang nak buat cepat pulak tu. kalau nak pedas letak je cili padi. ahhh enakk. lapar pulak. sejak speedmart dah bukak dekat dengan rumah aku. dah jarang dah datang ke kedai acik tu. singgah pun dah tak lagi apetah lagi nak membeli. hari tu aku datang saje, ingat nak melawat sambil bergosip pasal miley cyrus tapi dah ada orang lain pulak yang meniaga. kata orang tu acik tu dah jual kedai dia. dan acik tu pun dah pindah ke kampung dia di arau, perlis. aku takdelah sedih sebab acik tu pergi tak bagitahu sebab salah aku jugak lama sangat menghilang.

oh lupa nak bagitahu lepas spm aku terus bekerja. maklumlah, bukan pelajar cemerlang. aku bukan apa tapi sejak dari hari tu aku selalu jugak datang ke kedai baru tu bukan lagi ke speedmart. saja nak bertukar arah. masuk hari nie dah kali ke 30 aku datang sempat jugak eh aku kira. kadangkadang kita datang sebab bersebab tapi kadangkadang kita datang sebab rasa rindu. bukan salah aku bermuka cantik ini semua kurniaan tuhan. aku bersyukur. ye sebab dia. dia bukan lah tauke kedai baru tu tapi penolong kanan. bila dah selalu ke kedai tu dia mula menegur aku. memula tu sebagai orang asing yang peramah lamalama terputik cinta. bersyukur lagi. sebenarnya bukan rindu je yang membawa aku kesana tapi juga sebab kerja. ye, aku dah berhenti kerja dan mula berkerja di kedai tu. dia yang suruh. katanya biar mudah kita dekat. orang kata lagi dekat lagi kuat ikatan percintaan. tak mahu dia berjauhan dengan aku. lagi mudah katanya sambil berdating sambil berkerja. tersipu malu aku bila dia kata begitu. bersyukur lagi ketiga aku. dulu aku nak berjumpa kene datang sebagai pelanggan. sekarang tak perlu jumpa setiap saat bertentang mata sambil tangan sibuk menyiang ikan bilis.

okay sekarang hembus nafas. sengih jap sambil berbisik dalam hati. wut the heck is this. okay. ini bukan lah aku. serius bukan aku. ni cerita aku type sebab dapat ilham dari couple indian tengah kopek ikan bilis kat depan kedai. aku agak cmnie lah kot kisah cinta dorang itupun kalau dorang bercinta.

P/S: aku tangguh buat homework sebab malas.

No comments:

Post a Comment