Thursday, February 9, 2012

MIMPI SUDAH TIDAK SEINDAH DULU

tajuk itu bukan apa yang ingin aku luahkan tapi dihati ini ingin ku muntahkan. ecekeleh aku, nak berseni pula kat sini heheeh. gelak aku seorang dinihari ini. HAHAHA, percayalah pada aku si budak yang punya ego tinggi tapi tak tahu nak mengaku ini, jika satu benda baik bercampur dengan tidak baik adakah ia akan menjadi neutral seperti acid dengan alkali tika aku belajar kimia di alam persekolahan yang tidak aku ingin kembali. Adakah ia akan menjadi seperti itu?

LOL. apa yang terjadi padaku? aku bermadah seni di dalam diari maya yang hanya buat aku perasaan seperti A.Samad Said. Aku sedang cuba menjalani kehidupan yang baru bukan mudah bagi seorang pelajar sekolah agama menerima gelaran mantan itu kerana aku belum bersedia untuk menghadapinya. cehh bukan tu maksud aku, yelah kau cuba kau tengok sikit apa yang terjadi di laman muka buku,ada yang masih sama sikapnya suka berdakwah dan ada pula yang berubah cuba menjadi baik dan ada juga bebrapa orang yang lupa akan kutukannya pada orang lain dahulu. Tapi itu bukan alasan untuk aku tulis ini semua.

Dulu aku selalu terfikir blahlah kau sekolah aku benci kau dahlah hampeh buat orang sakit hati dengan peraturan merepek yang hanya orang lurus bendul sahaja yang akan lakukan. Tapi sekarang aku mengaku yang aku sangat merindui itu semua, aku rindu dengan semua benda yang berlaku di sekolah orang tak hipokrit mereka menegur perkara yang mereka tidak lakukan, mereka mengutuk orang apabila orang melakukan semua perkara yang jahat di mata mereka, mengutuk perempuan gedik dan lelaki alim berjumpa di surau mahupun di belakang dewan dan saat yang aku paling rindu adalah apabila mencari salah orang yang dibenci. OOO MY GOOD!! tolong lah kalian semua buat aku berhenti merepek macam orang gila. sesungguhnya benci orang yang teramat sangat akan menyebabkan kita akan sayang pada orang itu dan menyayangi orang pada tahap maksimum menyebabkan kita akan menwujudkan perasaan benci pada orang itu. OWWH, aku tidak berhak menilai orang dengan perasaan tidak puas hati kerana semua orang tidak sempurna. mengumpat adalah satu ketagihan.

No comments:

Post a Comment